Gambar Pengolokkan Moto P40 Tertiris – Skrin Berlubang Dengan Dwi Kamera Belakang Comments Off on Gambar Pengolokkan Moto P40 Tertiris – Skrin Berlubang Dengan Dwi Kamera Belakang

Huawei, Honor, dan Samsung telah memperkenalkan telefon pintar dengan skrin berlubang kepada umum. Seperti biasa rekaan sebegini akan menjadi ikutan kepada pengeluar lain pada masa akan datang. Terbaru, gambar pengolokkan Motorola Moto P40 telah tersebar di arena web memperlihatkan rekaan yang lebih kurang serupa.

Menurut khabar angin, peranti ini hadir dengan paparan 6.2-inci dengan kamera depan berlubang pada skrin. Selain bezel yang nipis, ruang dagu peranti ini telah dicetak dengan logo jenama, manakala di sebelah kanan kerangka terdapat butang laras suara dan butang kunci.

Melihat pada bahagian belakang, Moto P40 didatangkan dengan konfigurasi dwi kamera yang mana berkemungkinan besar menggunakan sensor 48MP. Selain hadir dengan panel kaca, logo Motorola di belakang ini juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

Setakat ini tiada maklumat rasmi daripada pihak Lenovo sendiri dan memandangkan permintaan telefon pintar Motorola di Malaysia semakin lama semakin berkurangan, kita mungkin tidak akan melihatnya di pasaran kelak.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend