Gambar Meizu 16s Tertiris Memperlihatkan Skrin AMOLED 6.2″, Snapdragon 855, Kamera 48MP OIS Comments Off on Gambar Meizu 16s Tertiris Memperlihatkan Skrin AMOLED 6.2″, Snapdragon 855, Kamera 48MP OIS 311

Gambar yang memperlihatkan Meizu 16s dan Meizu 16s Plus dipercayai telah tertiris di arena web baru-baru ini. Terdahulu, CEO Meizu pernah mengacah yang mana peranti mercu terbaharu Meizu akan hadir tanpa takuk atau lubang pada skrin yang dinamakan “quad bezel-less display”.

Meizu 16s memiliki paparan 6.2-inci sementara Meizu 16s Plus pula bersaiz 6.76-inci. Kedua-dua peranti ini dilengkapi panel skrin AMOLED dengan resolusi HD penuh+ yang turut dilindungi panel Corning Gorilla Glass 6.

Menurut pengacahan rasmi, saiz dagu peranti tersebut kini lebih nipis berbanding generasi sebelumnya dengan ukuran lebih kurang 1.5mm. Malah aspek dalaman pula diisi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 disamping kamera utama 48MP menggunakan sensor Sony IMX586 dengan penstabilan imej optikal.

Meizu 16s akan dibekalkan sekurang-kurangnya bateri berkapasiti 3,600mAh tanpa pengecasan tanpa wayar memandangkan syarikat ini merasakan ia sesuatu yang tidak penting.

Komen daripada CEO Meizu juga mendakwa Meizu 16s dan model Plus akan dilancarkan pada bulan April atau Mei pada harga bermula sekitar CNY3,300 atau lebih kurang RM2,005.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend