Gambar Dan Spesifikasi Penuh HTC U12+ Tertiris Sebelum Diumumkan Secara Rasmi – Sokong Empat Kamera Comments Off on Gambar Dan Spesifikasi Penuh HTC U12+ Tertiris Sebelum Diumumkan Secara Rasmi – Sokong Empat Kamera 451

HTC U12+ telahpun dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei 2018, tetapi nampaknya kemunculan model ini tidak lagi menjadi tanda tanya kerana pemilik akaun Twitter yang sememangnya popular dengan berita ketirisan peranti baru iaitu Evan Blass sudahpun berkongsi gambar dan juga spesifikasi penuh HTC U12+.

Melalui gambar yang telah dikongsikan, HTC U12+ bakal menampilkan tiga warna pilihan iaitu biru, merah dan juga hitam. Sebagaimana trend pengeluar peranti pada masa kini, HTC U12+ dilihat turut menyokong paparan skrin penuh IPS LCD 6 berukuran 6.0 inci dengan resolusi QHD+ (2880 x 1440 piksel). Lebih menariknya, HTC dilihat tidak terpengaruh dengan trend paparan skrin yang memiliki takuk kerana ia dilihat menyokong paparan skrin yang rata pada bahagian atasnya.

HTC U12+ yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 ini juga telah disahkan menyokong dua varian berbeza iaitu 64GB + RAM 6GB ataupun 128GB + RAM 6GB. Keupayaan penggambarannya dibantu oleh dua kamera utama beresolusi 12 Megapiksel (f/1.75) + 16 Megapiksel (f/2.6), yang mana lensa kedua menyokong zum optikal 1.85x hingga 2x. Manakala kedua-dua lensa untuk kamera swafoto HTC U12+ pula tampil dengan resolusi 8 Megapiksel dengan sokongan mod bokeh.

Spesifikasi lain yang disokong termasuklah dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo, kalis air dengan pengiktirafan IP68, rakaman video 4K 60fps, speaker dengan teknologi HTC USonic dan HTC BoomSound edisi HiFi, dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh dengan keupayaan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend