Gambar Dan Spesifikasi Honor Note 10 Kini Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Gambar Dan Spesifikasi Honor Note 10 Kini Mula Tertiris Di Internet

Baru semalam kami mendedahkan perancangan honor untuk memperkenalkan model terbarunya iaitu honor Note 10 selepas disahkan sendiri oleh Presiden honor. Hari ini ada pihak yang sudah berjaya mendedahkan gambar dan juga spesifikasi yang akan disokong oleh honor Note 10 sebelum ia sempat dilancarkan secara rasmi.

Berdasarkan daripada gambar yang dipercayai diambil dari laman sesawang rasmi honor di China, honor Note 10 didakwa menyokong paparan skrin AMOLED 2K berukuran 6.9 inci. Sama seperti peranti flagship honor yang lain, ia turut dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 970 dengan keupayaan teknologi GPU Turbo sama seperti model honor 10 GT.

honor Note 10 juga akan ditawarkan dengan ruang storan 128GB serta RAM 6GB, dwi kamera 16 Megapiksel dengan sokongan AI, dan juga bateri berkapasiti sebesar 6,000 mAh. Namun begitu, buat masa ini masih belum didedahkan lagi harga jualan untuk model terbaru ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend