Gambar Buka Kotak Xiaomi Redmi 6 Pro Diperlihatkan Secara Rasmi, Turut Disahkan Menyokong Fungsi Menyembunyikan Takuk Comments Off on Gambar Buka Kotak Xiaomi Redmi 6 Pro Diperlihatkan Secara Rasmi, Turut Disahkan Menyokong Fungsi Menyembunyikan Takuk

Walaupun majlis pelancaran rasmi Xiaomi Redmi 6 Pro akan berlangsung beberapa hari lagi, Xiaomi nampaknya sudah teruja untuk berkongsi gambar buka kotak model terbarunya itu untuk tatapan peminat setianya di blog popular Weibo. Melalui perkongsian gambar rasmi itu, Redmi 6 Pro dilihat tampil dengan kotak pembungkusan berwarna jingga, sama seperti model keluarannya sebelum ini.

Selain mendedahkan rekaan fizikal Redmi 6 Pro dalam warna Rose Gold, gambar buka kotak itu turut memperlihatkan aksesori yang akan ditawarkan dengan setiap pembelian termasuklah sarung pelindung silikon, palam kuasa dan juga kabel microUSB. Melalui gambar yang dikongsikan, Redmi 6 Pro menampilkan rekaan panel belakang yang diperbuat daripada logam dengan bahagian atas dan bawahnya hadir dengan kemasan plastik.

Apa yang lebih menariknya, Xiaomi juga turut berkongsi imej acah Redmi 6 Pro yang mengesahkan sokongan fungsi untuk menyembunyikan takuk pada skrin. Perkara ini sememangnya sangat menarik kerana Nokia X6 sebelum ini hanya menerima fungsi tersebut melalui penerimaan kemas kini yang berasingan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend