FWD Takaful Perkenalkan FWD MedSecure Direct – Sebuah Pelan Pendapatan Tunai Hospital Atas Talian Comments Off on FWD Takaful Perkenalkan FWD MedSecure Direct – Sebuah Pelan Pendapatan Tunai Hospital Atas Talian

FWD Takaful Berhad hari ini telah memperkenalkan FWD MedSecure Direct, sebuah pelan pendapatan tunai hospital atas talian yang menyediakan perlindungan dan elaun tunai setiap hari sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain, berkata, “Ia selaras dengan wawasan kami untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful, kami telah membangunkan pelan pendapatan tunai hospital atas talian yang cepat dan mudah untuk dipohon. Pelan ini menyediakan perlindungan untuk menyokong diri anda jika anda jatuh sakit dan perlu menutupi kehilangan pendapatan. Pelan ini berguna kepada semua rakyat Malaysia dan akan membantu perbelanjaan anda termasuk perbelanjaan perubatan tertentu yang mungkin tidak dilindungi oleh pelan perubatan anda sedia ada.”

FWD MedSecure Direct juga menawarkan perlindungan pilihan sebagai tambahan kepada pelan tersebut iaitu faedah pembayaran balik perubatan akibat kemalangan. Disamping itu, para peserta berhak mendapat diskaun sebanyak 20% jika tiada tuntutan dibuat dalam masa dua tahun malah menjadikan jumlah sumbangan akan berkurang sebanyak 20% untuk sijil tahun yang seterusnya.

FWD MedSecure Direct menyediakan pilihan untuk pelan individu, pelan keluarga, atau pelan induk tunggal. Bagi pelan keluarga, sehingga 2 orang kanak-kanak akan dilindungi dan sumbangan masa depan akan diketepikan sekiranya pemegang sijil meninggal dunia. Ciri pengecualian sumbangan ini juga disediakan untuk pelan berpasangan dan ibu tunggal.

Perlindungan dan manfaat khas percuma untuk COVID-19 kini diperluaskan juga kepada FWD MedSecure Direct. Pemilik sijil berhak mendapat faedah kematian tambahan sebanyak RM20,000 apabila seseorang yang dilindungi mati akibat COVID-19. FWD Takaful juga akan membayar manfaat belas kasihan sekaligus sebanyak RM5,000 setiap seorang atas kematian ahli keluarga terdekat diagnosis dengan COVID-19.

FWD MedSecure Direct merupakan pelan bertema keluarga ketiga yang ditawarkan secara atas talian. Saluran atas talian FWD Takaful mudah dan ringkas untuk digunakan yang mana membolehkan pelanggan menguruskan sijil Takaful mereka mengikut kesenangan masing-masing dan ia mampu untuk dimiliki oleh semua orang.

Anda boleh layari laman sesawang rasmi FWD Takaful Berhad untuk mendapatkan sebut harga untuk FWD MedSecure Direct.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend