Function Baru Instagram Ni Macam Thorbaek Poit!!! Comments Off on Function Baru Instagram Ni Macam Thorbaek Poit!!!

Kalau betul report yang kami jumpa ni, memang meletup-letup la Instagram lepas ni, silap-silap boleh ganti aplikasi kamera sedia ada dalam phone korang.

Menurut blog teknologi TechCrunch, mereka menjumpai ikon yang dilabel sebagai Portrait Shutter di dalam fail aplikasi Instagram untuk Android. Berdasarkan nama dan tren aplikasi fotografi ketika ini, kemungkinan besar portrait mode ini akan membawakan fungsi pengaburan background seperti Google Pixel 2 dan juga talaan pencahayaan yang digunakan pada aplikasi kamera iOS.

Instagram enggan memberikan sebarang respon mengenai penemuan tersebut, dan jika fungsi tersebut benar-benar dilancarkan, kami rasa pengaruh Instagram di dalam dunia sosial akan semakin kukuh, tambahan pula dengan populariti Snapchat yang semakin suam-suam kuku.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend