FUJIFILM Instax Mini 11 Mula Dijual Di Shopee Pada Harga RM388 Comments Off on FUJIFILM Instax Mini 11 Mula Dijual Di Shopee Pada Harga RM388

FUJIFILM Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran kamera segera terbaru, Instax Mini 11 untuk pasaran tempatan.

Kamera ini ditawarkan secara eksklusif melalui kedai rasmi FUJIFILM di Shopee. Tempahan awal boleh dibuat hingga 22 Mac 2020 pada harga RM388 sebuah.

Instax Mini 11 telah dikemas kini dengan ciri terbaru yang dipanggil, Automatic Exposure. Fungsi ini membolehkan kamera menghasilkan gambar yang lebih cantik mengikut cahaya persekitaran walaupun berlatarkan cahaya terang mahupun di kawasan gelap seperti di dalam bangunan.

Instax Mini 11 didatangkan dengan dua jenis kertas cetakan iaitu bersaiz mini berwarna marmar biru dan segi empat berwarna marmar putih. Kertas cetakan ini juga dihiasi kemasan habuk berkilat berwarna emas dan perak bagi menjadikan kepingan gambar lebih menarik.

Instax Mini 11 memiliki reka bentuk yang telah diubah suai serta didatangkan dengan lima pilihan warna seperti Blush Pink, Sky Blue, Charcoal Gray, Ice White, dan Lilac Purple.

Beli FUJIFILM Instax Mini 11: FUJIFILM Official Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend