Foxconn Tawar Ganjaran Wang Buat Pekerja Yang Kembali Ke Kilang Comments Off on Foxconn Tawar Ganjaran Wang Buat Pekerja Yang Kembali Ke Kilang

Menurut khabar terbaru, Foxconn kini bercadang untuk memberi ganjaran istimewa kepada para pekerja yang kembali ke kilang semula.

Foxconn, pengeluar barangan elektronik berkontrak terbesar di dunia dikatakan mahu memberi elaun istimewa sebanyak 3000 Yuan (lebih kurang RM1778) setiap seorang yang kembali ke barisan pengeluaran.

Menurut mereka, tawaran ini dibuat bertujuan untuk menyambung semula produksi iPhone yang terbantut sejak penularan wabak Koronavirus di seluruh China. Hal ini kerana pihak kerajaan mengarahkan kawasan sibuk seperti kilang untuk menghentikan operasi bagi mengekang virus daripada merebak.

Dengan pemberian ganjaran seperti ini, Foxconn mengharapkan pemasangan iPhone dapat dilakukan dalam jumlah separuh sebelum pengeluaran sepenuhnya menjelang bulan hadapan.

Sementara itu di Cupertino, Apple telah memberi peringatan kepada para pelabur bahawa sasaran kewangan untuk suku kedua mungkin gagal dicapai ekoran COVID-19.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend