Foxconn Dilaporkan Telah Membatalkan Perancangan Pelaburan Bernilai RM20.5b Di India Comments Off on Foxconn Dilaporkan Telah Membatalkan Perancangan Pelaburan Bernilai RM20.5b Di India

Pada tahun 2015, Foxconn yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk keluaran Apple seperti iPhone, iPad, dan juga cip silikon, telah menunjukkan minatnya untuk membangunkan kilang dan juga hab pengeluaran di India.

Bahkan sebelum ini syarikat itu telahpun menandatangani memorandum persefahaman untuk melabur hampir USD5 bilion (~RM20.5 bilion) untuk tempoh lima tahun.

Namun begitu rancangan itu terpaksa dibatalkan selepas bidaannya terhadap tanah berkeluasan 44 ekar di Jawaharlal Nehru Port Trust yang terletak dalam Zon Ekonomi Istimewa (SEZ) tidak berjaya. Sebaliknya petak tanah itu telah berjaya dibida dengan nilai yang lebih tinggi oleh DP World, iaitu operator terminal global dari Dubai.

Foxconn merupakan pengeluar terbesar untuk pelbagai produk keluaran Apple seperti iPhone, iPad dan juga iPod.

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan Subhash Desai selaku Menteri Perindustrian di India, keputusan yang diambil oleh Foxconn ini tidak akan memberi kesan terhadap pengguna, tetapi tindakan untuk membatalkan pelaburan itu mungkin memberi kesan ke atas pengeluar peranti elektronik.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend