Fortnite Untuk Peranti Android Mungkin Tidak Tersedia Di Google Play Store?! Comments Off on Fortnite Untuk Peranti Android Mungkin Tidak Tersedia Di Google Play Store?!

Melalui perkongsian kami sebelum ini, pembangun permainan popular Fortnite iaitu Epic Games dikhabarkan telah menandatangani kontrak eksklusif permainan tersebut dengan Samsung. Menurut pendedahan yang dibuat, permainan ini hanya tersedia secara eksklusif untuk Galaxy Note 9 selama 30 hari, sebelum ia boleh dimuat turun pada peranti Android yang lain.

Walaupun ketersediaan permainan battle royale ini akan ditawarkan pada peranti Android tidak lama lagi, XDA Developers ada mendedahkan maklumat terbaru yang mengatakan permainan Fortnite ini berkemungkinan besar tidak akan tersedia di Google Play Store.

Pemilik peranti iOS sebelum ini boleh terus memuat turun permainan ini terus melalui Apple App Store.

Menurut kod sumber Fornite di laman rasminya, pemilik peranti Android perlu memuat turun permainan ini di laman sesawang rasmi Epic Games. Bagi memastikan proses pemasangan boleh dijalankan, permainan ini akan meminta kebenaran keselamatan pada peranti bagi membolehkan proses pemasangan aplikasi di luar Play Store diteruskan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend