Forbes: Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia Untuk Tahun 2020 Comments Off on Forbes: Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia Untuk Tahun 2020

Forbes hari ini telah mengeluarkan senarai 10 individu paling kaya di Malaysia bagi tahun 2020. Senarai juga memperlihatkan lima nama baharu termasuklah Lee Yeow Chor dan Yeow Seng dari IOI Palm Oil menggantikan legasi bapanya Lee Shin Cheng yang telah meninggal dunia pada Jun tahun lalu.

Robert Kuok nampaknya masih mengungguli senarai teratas dengan jumlah kekayaan sebanyak US$11.5 bilion, posisi yang sama selama dua dekad ini. Sementara di tempat kedua dimiliki oleh ketua Hong Leong Group dan dibawahnya Ananda Krishan yang kita sedia tahu beliau seorang taikun syarikat telekomunikasi gergasi tanah air, Maxis.

Menurut Forbes, senarai yang dikeluarkan ini telah menunjukkan jumlah keseluruhan kekayaan menurun sebanyak 7% berbanding 2019 untuk dua tahun berturut-turut.

Berikut merupakan 10 individu terkaya di Malaysia: 

  1. Robert Kuok (Kuok Group – hotel, hartanah, komoditi); US$11.5 bilion
  2. Quek Leng Chan (Hong Leong Group); $9.7 bilion
  3. Ananda Krishnan (Maxis, Astro); $5.9 bilion
  4. Chen Lip Keong (NagaWorld – kasino); $5.3 bilion
  5. Teh Hong Piow (Public Bank); $4.85 bilion
  6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng (IOI Group); $4.8 bilion
  7. Lim Kok Thay (Genting Group); $3.2 bilion
  8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng (Press Metal – besi); $3 bilion
  9. Kuan Kam Hon (Hartalega – pembinaan); $2.8 bilion
  10. Lau Cho Kun (Hap Seng); $2.3 bilion

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend