Fon Telinga TWS Keluaran POCO Dipercayai Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Fon Telinga TWS Keluaran POCO Dipercayai Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Selain telefon pintar, pengeluar pada hari ini juga dilihat telah tampil dengan pelbagai produk daripada kategori berbeza. POCO juga tidak terkecuali apabila jenama ini dikhabarkan sedang menghasilkan fon telinga TWS pertama keluarannya.

Walaupun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat berhubung perkara itu, tetapi fon telinga TWS keluaran POCO ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Di dalam kenyataan rasmi yang berasingan, POCO baru-baru ini sudahpun mengesahkan bahawa POCO F2 bukanlah jelmaan semula model Redmi K30 Pro. Cuma tidak dapat dipastikan bilakah model ini akan dilancarkan secara rasmi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend