Flare Audio Perkenal ‘Sleeep’ Yang Mampu Menyekat Gangguan Bunyi Ketika Anda Sedang Tidur Comments Off on Flare Audio Perkenal ‘Sleeep’ Yang Mampu Menyekat Gangguan Bunyi Ketika Anda Sedang Tidur

Sekiranya bunyi letupan bom masih tidak mampu mengejutkan anda daripada tidur, ternyata alat bantuan yang diperkenalkan oleh Flare Audio ini bukanlah disasarkan untuk anda. Ini kerana syarikat yang berasal dari UK ini telah memperkenalkan alat bantuan yang mampu menyekat gangguan bunyi ketika tidur dengan penawaran ‘Sleeep’.

Berbeza dengan fon telinga biasa, palam telinga ini telah direka dengan menggunakan teknologi baharu yang dikatakan mampu menyekat bunyi menggunakan logam. Kombinasi antara logam dan juga busa yang sangat lembut, Sleeep bukan sahaja mampu memastikan tidur tanpa gangguan, tetapi ia juga lebih selesa untuk dipakai.

(Dari kiri) Sleeep Natural Aluminium, Sleeep Silver Pink dan Sleeep PRO

Sleeep diperkenalkan dalam dua model berbeza iaitu Sleeep Natural Aluminium atau Sleeep Silver Pink yang diperbuat daripada aluminium gred aeroangkasa, dan juga Sleeep PRO yang diperbuat daripada titanium gred 5 yang dikatakan mampu mengurangkan bunyi pada frekuensi lebih rendah.

Pakej pembelian

Sleeep Natural Aluminium dan Sleeep Silver Pink dijual pada harga RM158.54, manakala Sleeep PRO pula dijual pada harga RM264.27. Flare Audio turut menawarkan penghantaran percuma ke seluruh dunia dengan menjanjikan jaminan wang untuk tempoh 30 hari selepas pembelian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend