Firma China Mendominasi Permohonan Paten 5G Global, Huawei Paling Banyak Comments Off on Firma China Mendominasi Permohonan Paten 5G Global, Huawei Paling Banyak

Menurut akhbar dalam talian China Daily, syarikat China kini mendahului permohonan paten 5G di peringkat global. Ini turut melihatkan Huawei berada di kedudukan yang teratas berdasarkan carta yang dikeluarkan IPlytics, sebuah syarikat data paten yang diberi kuasa.

Syarikat gergasi China, Huawei telah disenaraikan sebagai syarikat yang paling banyak memohon Piawaian-Penting Paten 5G dalam sistem komunikasi setakat April 2019 dengan 34% daripada jumlah permohonan global.

Huawei adalah pesaing terbesar dalam perlumbaan ini dengan jumlah keseluruhan 15% Piawaian-Penting Paten 5G. Piawaian paten (5G SEP) adalah paten mandatori yang diperlukan untuk mana-mana syarikat yang ingin melaksanakan lesen teknologi untuk rangkaian baharu.

Selain daripada itu, terdapat dua syarikat China yang lain berada di bawah Huawei di 10 kelompok teratas. ZTE Corporation di tangga ke-5 dan China Academy of Telecomunication Technology di tangga ke-9. Manakala Guangdong Oppo Mobile Telecomunication Corporation berada di kedudukan ke-11 dalam carta.

Berbeza dengan teknologi 3G dan 4G, teknologi 5G akan memberi kesan kepada pelbagai industri serta akan merangsang kemunculan banyak produk, perkhidmatan dan industri baharu.

Sektor automotif kemungkinan besar akan menjadi salah satu industri pertama yang bergantung kepada 5G, menghubungkan kenderaan ke kenderaan lain, jalan raya, lampu isyarat, bangunan dan internet untuk memproses data di seluruh kereta atau di awan.

Menurut laporan yang sama, teknologi 5G telah mengintegrasikan pelbagai industri dan teknologi, bilangan permohonan Piawaian-Penting Paten 5G melonjak kepada lebih 60,000 di seluruh dunia menjelang akhir April.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend