FedEx Mohon Maaf Dan Mengakui Kesilapan Berhubung Insiden Sekatan Penghantaran Telefon Pintar Huawei Comments Off on FedEx Mohon Maaf Dan Mengakui Kesilapan Berhubung Insiden Sekatan Penghantaran Telefon Pintar Huawei 271

Baru-baru ini sebuah perkongsian di media sosial Twitter telah menjadi tular selepas bungkusan yang dihantar oleh seorang wartawan PCMag dari UK ke AS telah dikembalikan semula kepadanya. Bungkusan yang mengandungi Huawei P30 itu telah dihantar menggunakan perkhidmatan FedEx itu telah mengikut prosedur betul.

Namun selepas bungkusan itu selamat sampai di AS, ia telah dihantar kembali ke alamat pengirim bungkusan itu di UK pada hari yang sama. Apa yang lebih mengejutkan notis di atas bungkusan itu jelas memperlihatkan sebab bungkusan itu dikembalikan adalah disebabkan oleh tindakan sekatan perdagangan yang dikenakan oleh AS terhadap Huawei dan kerajaan China.

Perkara itu dilihat tidak masuk akal kerana Huawei P30 yang dihantar itu merupakan unit yang telah dibeli dan merupakan model sedia ada di pasaran. Berikutan daripada ketularan insiden tersebut yang telah mencetuskan persoalan daripada pengguna di media sosial tersebut, pihak FedEx akhirnya telah menghantar permohononan maaf berikutan kesilapan penghantaran bungkusan tersebut.

Berikutan daripada insiden itu, FedEx jelas dilihat masih keliru dengan sekatan yang dikenakan oleh AS terhadap Huawei kerana penghantaran peranti Huawei oleh pihak ketiga adalah tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Ini kerana sekatan itu hanya melibatkan aktiviti eksport ataupun menjalankan kerjasama dengan syarikat yang disenaraikan dalam ‘senarai entiti’ yang diwujudkan oleh AS sebelum ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend