Fail APK Google Camera v7.4 Pada Pixel 4a Tampil Dengan Sokongan Rakaman Video 4K 60fps Comments Off on Fail APK Google Camera v7.4 Pada Pixel 4a Tampil Dengan Sokongan Rakaman Video 4K 60fps

Keupayaan penggambaran yang diambil menggunakan Google Pixel sememangnya tidak dinafikan sangat baik, terutamanya untuk penggambaran malam dan juga HDR.

Namun begitu prestasi rakaman video peranti Pixel tidak setanding kerana ia hanya menyokong setakat 4K 30fps sahaja. Berita baiknya Google dikatakan akan memperkenalkan sokongan rakaman video 4K 60fps pada masa akan datang.

Perkara ini telah disahkan melalui fail APK Google Camera v7.4 yang berjaya diperolehi daripada Pixel 4a. Memandangkan cipset peranti ini tidak mampu menyokong kualiti rakaman 4K 60fps, berkemungkinan ia akan diperkenalkan untuk Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel 4, dan juga Pixel 4 XL.

Tetapi tidak mustahil juga sekiranya rakaman video 4K 60fps itu akan hanya diperkenalkan eksklusif hanya untuk siri Pixel 5 nanti.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend