Facebook Perkenal Fungsi Panggilan Video ‘Messenger Rooms’ Dengan Sokongan Sehingga 50 Orang Comments Off on Facebook Perkenal Fungsi Panggilan Video ‘Messenger Rooms’ Dengan Sokongan Sehingga 50 Orang

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan kebanyakan negara telah mengambil pendekatan untuk menyekat pergerakan penduduk, dan ini secara tidak langsung telah menyaksikan peningkatan mendadak terhadap penggunaan aplikasi panggilan video.

Menyedari akan sambutan yang sangat tinggi, Facebook telah memperkenalkan fugnsi panggilan video tanpa hadnya iaitu ‘Messenger Rooms. Melalui aplikasi Messenger atau Facebook, anda boleh membuat panggilan video sehingga 50 orang dalam satu-satu masa, dan peserta boleh terdiri daripada pengguna Instagram, WhatsApp ataupun individu yang menerima jemputan melalui pautan khas.

Lebih menariknya, anda juga boleh menjemput individu yang tidak memiliki akaun Facebook untuk menyertai panggilan video tersebut. Bagi memastikan privasi yang lebih baik, ‘Messenger Rooms’ hadir dengan ciri tambahan seperti berikut:

  • Mengunci – sebaik sahaja Rooms dikunci selepas panggilan dibuat, tiada individu lain boleh menyertai panggilan video tersebut, kecuali ditambah sendiri oleh admin Rooms itu sendiri.
  • Menyingkirkan peserta – admin Rooms boleh menyingkirkan mana-mana peserta dan secara automatik Rooms akan dikunci daripada disertai oleh individu lain.
  • Kebebasan untuk keluar – sekiranya anda berasa tidak selamat atau tidak selesa, anda bebas untuk meninggalkan Rooms.
  • Laporan – anda boleh membuat laporan atau menghantar maklum balas terhadap mana-mana Rooms yang sekiranya ia melanggar standard komuniti yang ditetapkan.
  • Menyekat – anda boleh menyekat individu dari Facebook atau Messenger tanpa diketahui oleh mereka kerana ia tidak akan dimaklumkan. Sekiranya anda telah menyekat individu tersebut, mereka tidak boleh menyertai Rooms yang anda sedang sertai, dan begitu juga sebaliknya.

Facebook turut mengesahkan akan turut memperkenalkan fungsi yang sama untuk Instagram Direct, WhatsApp dan juga Portal pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend