Facebook Menyumbang Dana Sebanyak USD1 Juta Sebagai Tanda Sokongan Kepada Wikipedia Comments Off on Facebook Menyumbang Dana Sebanyak USD1 Juta Sebagai Tanda Sokongan Kepada Wikipedia

Apabila ingin membuat carian maklumat secara dalam talian, Wikipedia merupakan laman sesawang yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna di seluruh dunia. Diperkenalkan sejak sejak Januari 2001 yang lalu, Wikipedia telah menjadi ensiklopedia atas talian paling popular kerana pada setiap bulan ia menerima akses lebih daripada 1 bilion peranti unik.

Bagi memastikan laman sesawang ini terus bertahan, Wikimedia Foundation telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini bagi mendapatkan dana untuk menyokong operasi Wikipedia dan juga projek Wikimedia yang lain.

Kredit gambar: Justin Sullivan/Getty Images

Berikutan sumbangan besar yang boleh dimanfaat daripada Wikipedia, Facebook telah dilaporkan menyumbangkan dana sebanyak USD1 juta (kira-kira RM4.2 juta). Perkara ini tidak mengejutkan kerana Facebook sudah beberapa tahun telah menggunakan khidmat Wikipedia untuk mendapatkan maklumat berhubung pages yang terdapat di dalam platform tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend