Facebook Mempunyai Data Kenalan Dan Sejarah Panggilan Anda Comments Off on Facebook Mempunyai Data Kenalan Dan Sejarah Panggilan Anda

Facebook baru-baru ini dikecam teruk oleh pengguna di seluruh dunia berkenaan isu privasi. Di mana aplikasi pihak ketiga dengan mudah boleh mengakses data pengguna. Dan sekarang keadaan semakin buruk apabila beberpaa pengguna mendakwa Facebook mempunyai data senarai kenalan dan sejarah panggilan di dalam smartphone mereka, ini tanpa menggunakan aplikasi Facebook.

Terkejut dengan berita ini, aku pun cuba muat turun data akaun Facebook aku.

Dan memang betul, Facebook menyimpan semua data kenalan, panggilan dan juga alamat e-mel yang sebenarnya tidak berkait langsung dengan akaun Facebook aku.

 

 

Menurut satu lagi berita, Facebook sudah pun menerangkan mengapa mereka menyimpan data tersebut sebelum ini. Facebook dilaporkan ingin memudahkan penggunanya berhubung dengan kenalan malalui akses data kenalan di smartphone dan mencadangkan kenalan tersebut di Facebook.

Makes sense, tapi aku masih was-was.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend