Facebook Lite Akan Turut Diperkenalkan Untuk Peranti iOS Pada Masa Akan Datang Comments Off on Facebook Lite Akan Turut Diperkenalkan Untuk Peranti iOS Pada Masa Akan Datang

Aplikasi Facebook Lite sebelum ini telah dibangunkan khusus untuk peranti Android dengan sokongan spesifikasi yang agak rendah, dan ia telah mendapat sambutan sangat baik berikutan saiz failnya yang jauh lebih kecil iaitu hanya 1.4MB. Selain menggunakan ruang storan yang sedikit, lebih ramai pemilik Android dengan spesifikasi lebih tinggi turut menggunakannya kerana Facebook Lite juga turut menjimatkan data.

Selepas lebih kurang tiga tahun diperkenalkan pada peranti Android, kini Facebook Lite juga telah dilaporkan akan turut diperkenalkan untuk peranti iOS pada masa akan datang. Penawaran aplikasi Facebook Lite untuk iPhone generasi lama dengan sokongan spesifikasi yang agak rendah ini sememangnya sangat dialu-alukan memandangkan saiz fail muat turun aplikasi Facebook biasa mencecah sehingga 316MB.

Aplikasi Facebook versi penuh untuk iOS hadir dengan saiz fail yang agak besar iaitu melebihi 300MB.

Sungguhpun begitu Facebook Lite dikatakan akan hanya ditawarkan untuk negara terpilih sahaja, terutamanya negara-negara yang sedang membangun. Malah menurut penganalisa SensorTower, Facebook Lite untuk iOS sudahpun boleh dimuat turun di Turki buat masa ini, dan akan diperluaskan untuk negarai lain pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend