Facebook Lapor Panggilan Video Kini Catat Peningkatan Sehingga 70% Disebabkan COVID-19 Comments Off on Facebook Lapor Panggilan Video Kini Catat Peningkatan Sehingga 70% Disebabkan COVID-19

Sebagaimana yang kita ketahui, kebanyakan negara yang terlibat dengan penularan COVID-19 telahpun mengambil pendekatan untuk menyekat pergerakan rakyatnya. Tindakan ini diambil sebagai salah satu usaha untuk membendung wabak virus berbahaya ini.

Ternyata tindakan yang diambil itu telah memberi impak yang agak besar terhadap kebergantungan terhadap teknologi bagi membolehkan lebih ramai individu untuk sentiasa berhubung.

Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook, baru-baru ini telah melaporkan bahawa terdapat peningkatan sehingga 70% terhadap penggunaan panggilan video berkumpulan menggunakan aplikasi Facebook Messenger.

Bahkan tempoh masa yang diluangkan terhadap panggilan video berkumpulan menggunakan aplikasi itu juga telah mencatatkan peningkatan sehingga dua kali ganda.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend