Facebook Disaman Kerana ‘Sailang’ Paten BlackBerry Messenger Comments Off on Facebook Disaman Kerana ‘Sailang’ Paten BlackBerry Messenger

Semalam Reuters telah melaporkan pemfailan pelanggaran paten oleh BlackBerry terhadap Facebook dan juga aplikasi sosial miliknya iaitu WhatsApp dan juga Instagram. Tuntutan saman ini telah dibuat setelah pihak BlackBerry mendapati paten yang digunakan untuk teknologi dan juga fungsi yang terdapat pada BlackBerry Messenger telah digunakan oleh syarikat itu.

Tuntutan ini dibuat setelah beberapa tahun rundingan dan perbincangan diadakan, dan BlackBerry merasakan tindakan undang-undang perlu diambil bagi menjaga para pemegang saham mereka.

Malah BlackBerry juga dalam proses untuk meminta beberapa syarikat lain untuk membayar royalti pelesenan untuk menggunakan lebih daripada 40,000 paten global berkaitan teknologi termasuklah sistem operasi, infrastruktur rangkaian, akuistik, permesejan, keselamatan siber dan juga komunikasi tanpa wayar.

Tindakan saman ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini BlackBerry pernah memenangi kes saman dengan Qualcomm sebanyak USD940 juta (kira-kira RM3.6 bilion). Februari 2017 yang lepas juga telah menyaksikan tuntutan saman BlackBerry terhadap Nokia Corp yang masih lagi berjalan kerana didapati melanggar paten berkaitan teknologi komunikasi tanpa wayar 3G dan 4G.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend