Facebook Desktop Dapat Antaramuka Baharu Disamping Mod Gelap Comments Off on Facebook Desktop Dapat Antaramuka Baharu Disamping Mod Gelap

Facebook baru-baru ini telah melepaskan ciri mod gelap kepada pengguna desktop. Selain antaramuka baharu dengan profil yang lebih kemas, pengguna juga bebas untuk mengaktifkan mod gelap ini pada bila-bila masa.

Facebook kini menyusun pilihan tap utama di bahagian atas yang mana ia dilihat lebih mudah untuk diakses berbanding antaramuka sebelum ini. Jika dilihat, antaramuka yang diperkenalkan ini tidak banyak beza dengan apa yang ada di telefon pintar.

Di bahagian tengah, setiap hantaran di suapan berita kini dipaparkan dengan lebih besar menjadikan pengguna perlu menatalnya dengan lebih banyak. Sementara itu, di bahagian kiri kini pengguna dihidangkan dengan akses pintas ke Group manakala di sebelah kanan pula terdapat senarai kontak yang sedang online.

Bagi pengguna yang sudah beralih ke antaramuka baharu ini, mereka masih boleh kembali ke antaramuka lama dengan menekan ikon di penjuru kanan atas skrin. Menjelang akhir tahun ini, ciri ini akan diterapkan sebagai lalai (default).

Bagi pengguna yang masih belum mendapat ciri mod gelap ini, usah khuatir kerana ia akan dilepaskan secara berperingkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend