Facebook Dengan Sokongan Mod Gelap Untuk Peranti iOS Berjaya Didedahkan Comments Off on Facebook Dengan Sokongan Mod Gelap Untuk Peranti iOS Berjaya Didedahkan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Facebook telahpun memiliki aplikasi popular seperti Instagram dan WhatsApp. Selain aplikasi Messenger, kedua-dua aplikasi popular itu telahpun hadir dengan sokongan antaramuka mod gelap.

Nampaknya sokongan antaramuka dengan mod gelap untuk aplikasi Facebook mungkin akan direalisasikan tidak lama lagi selepas portal 9to5Mac telah memuat naik imej tangkap skrin yang mendedahkan sokongan mod gelap untuk peranti iOS.

Menurut portal itu, mod gelap pada aplikasi Facebook boleh diaktifkan secara manual, ataupun secara automatik bergantung kepada tetapan mod gelap pada peranti iOS itu sendiri.

Berbeza dengan aplikasi Instagram dan Messenger yang hadir dengan sentuhan antaramuka yang lebih gelap, tangkap skrin untuk aplikasi Facebook sebaliknya menampilkan penggunaan warna latar berwarna kelabu gelap.

Namun begitu, buat masa ini masih belum dapat disahkan bilakah mod gelap akan diperkenalkan pada aplikasi Facebook untuk peranti iOS ataupun Android.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend