Facebook Dengan Antaramuka Gelap Dipercayai Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Android Comments Off on Facebook Dengan Antaramuka Gelap Dipercayai Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Android 312

Sejak teknologi pengimbas cap jari dalam skrin menjadi trend, semakin banyak pengeluar telefon pintar telah memperkenalkan model terbaharu mereka dengan sokongan panel berasaskan OLED. Walaupun panel ini menjanjikan warna dan juga kontras yang lebih baik, ia lebih sesuai memaparkan antaramuka gelap untuk menjimatkan penggunaan tenaga bateri.

Disebabkan oleh itu, kebanyakan pembangun aplikasi dilihat cuba memperkenalkan antaramuka gelap dan perkara ini nampaknya tidak terkecuali dengan Facebook. Melalui perkongsian seorang pengguna di Twitter, Facebook dipercayai akan turut menampilkan mod gelap untuk peranti Android pada masa akan datang.

Berdasarkan imej screenshots yang dikongsikan, mod gelap itu masih lagi dalam peringkat awal percubaan dan buat masa ini hanya tab ‘Groups’ sahaja yang dilihat tampil dengan paparan gelap yang lebih menyeluruh. Apa yang pasti, mod gelap untuk aplikasi Facebook sudah tentunya akan kelihatan lebih seragam dengan mod gelap pada aplikasi Facebook Messenger yang lebih awal diperkenalkan sebelum ini.

melalui, sumber

Baca juga:

Facebook Rancang Ingin Memperkenalkan Tab Khas Untuk Berita Pada Bulan Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend