Essential Phone Mula Menerima Kemas Kini Android P Beta 1 (PPR1.180510.022) Comments Off on Essential Phone Mula Menerima Kemas Kini Android P Beta 1 (PPR1.180510.022)

Google baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan kemas kini terbaru Android P Developer Preview Beta 2 untuk semua semua peranti Pixel keluarannya iaitu Pixel, Pixel XL, Pixel 2 dan juga Pixel 2 XL. Apa yang menariknya, pengeluar peranti terawal yang hadir dengan sokongan rekaan skrin bertakuk iaitu Essential Phone telah mengumumkan ketersediaan kemas kini Android P Beta 1 untuk model tersebut.

Berdasarkan kepada perkongsian screenshot di Twitter rasmi Essential, kemas kini Android P Beta 1 (PPR1.180510.022) untuk Essential Phone membawakan sistem keselamatan Google untuk bulan Jun, integrasi kod Android P, memperbaiki fungsi penyesuaian keterangan dan juga mempertingkatkan aspek kestabilan pengoperasian peranti.

Sebelum ini Essential telah berhadapan dengan kontroversi bukan sahaja kerana mengumumkan akan membatalkan pembuatan generasi kedua Essential Phone, malah ia juga mahu menjual syarikat itu kepada pihak lain. Sungguhpun begitu, jelas dapat dilihat bahawa Essential masih komited dalam memberikan yang terbaik kepada pemilik peranti keluarannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend