Epson Lancar Projektor Laser 3LCD Terkecil Di Dunia Pada Harga RM3999 Comments Off on Epson Lancar Projektor Laser 3LCD Terkecil Di Dunia Pada Harga RM3999 163

Epson sebentar tadi telah melancarkan projektor laser 3LCD terkecil di dunia untuk pasaran tempatan. Epson EF-100 diperkenalkan khusus untuk kegunaan di rumah dengan saiz yang kompak dan mudah dibawa.

Projektor kelas permulaan ini dibina berasaskan sumber cahaya laser yang boleh memancarkan visual ke dinding atau siling sehingga saiz 150-inci. Ia juga hadir dengan rekaan badan berukuran 23cm dan seberat 2.7kg.

Epson EF-100 boleh disambungkan dengan mana-mana kotak Android melalui sambungan tunggal HDMI atau memainkan klip video menerusi sokongan port USB-A pada bahagian sisi projektor.

Ia boleh diletakkan secara menegak untuk memancarkan visual ke siling menggunakan tapak badan yang bersalut kusyen atau dipancarkan ke dinding menggunakan sokongan kaki yang boleh dilaraskan.

Projektor ini mampu memancarkan kandungan visual sehingga keterangan 2000 lumens diikuti nisbah kontras melebihi 2,500,000:1 atau pendek kata, mampu menawarkan imej yang berkualiti serta tajam. Selain daripada itu, butang keystone turut disertakan untuk memudahkan pengguna melaraskan projektor.

Menurut Epson, projektor ini tidak perlu diselenggara malah pengguna boleh menggunakannya untuk tempoh yang panjang sehingga lima tahun. Apa yang kurang sedap didengar ialah pihak Epson memberitahu selepas pada tempoh itu, kualiti pancaran projektor mungkin akan berkurang dan pengguna perlu mendapatkan unit yang baharu.

Projektor ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun ini dengan tanda harga RM3999 seunit. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Hitam (EF-100B) dan Putih (EF-100W).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend