Epson Lancar Dua Model Projektor 4K PRO-UHD Dengan Sokongan HDR – Harga Daripada RM9,800 Comments Off on Epson Lancar Dua Model Projektor 4K PRO-UHD Dengan Sokongan HDR – Harga Daripada RM9,800 444

Epson Malaysia baru-baru ini telah melancarkan dua model projektor untuk tayangan di rumah dengan penawaran model EH-TW7400 dan EH-TW9400 khusus untuk pengguna yang inginkan pengalaman tontonan terbaik. Kedua-dua projektor ini telah dikuasakan dengan teknologi 4K PRO-UHD yang berupaya menghasilkan kualiti imej yang lebih jelas dan tajam.

Epson EH-TW9400 hadir dengan teknologi 4K PRO-UHD.

Selain teknologi 4K PRO-UHD, ia turut tersedia dengan pelbagai ciri-ciri menarik lain seperti tahap keterangan yang tinggi serta ketepatan warna yang baik sehingga 2,600 lumens. Paparan dengan gamut warna yang luas dan juga nisbah kontras dinamik mencecah sehingga 1,200,000:1 turut tersedia dengan ruang warna DCI-P3.

Projektor Epson 4K PRO-UHD ini berupaya menjanjikan kualiti tayangan yang terbaik.

Projektor 4K PRO-UHD ini turut menyokong teknologi paparan HDR (High Dynamic Range) yang berupaya menghasilkan imej yang berkualiti, tidak kira dalam persekitaran gelap ataupun cerah. Bahkan prestasi imej menggunakan cip pemproses 12-bit juga menjanjikan kelancaran yang lebih baik, tanpa gangguan efek pelangi pada imej.

Epson EH-TW7400 ditawarkan dalam warna putih, manakala Epson EH-TW9400 pula didatangkan dalam warna hitam.

Epson EH-TW7400 dan EH-TW9400 akan dijual di pasaran bermula pertengahan April 2019, dan masing-masing ditawarkan pada harga RM9,800 dan RM14,919.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend