Epic Games Mahu Membawa Masuk Fortnite Ke Google Play Store Comments Off on Epic Games Mahu Membawa Masuk Fortnite Ke Google Play Store

Kita sedia maklum bahawa Fortnite untuk Android hanya boleh dimuat turun melalui laman sesawang Epic Games. Hal ini kerana Epic Games mahu mengelak daripada memberi 30 peratus bayaran kepada Google untuk setiap pembelian dalam aplikasi yang dibuat oleh pengguna.

Memetik laporan 9to5google, sumber mengatakan Epic kini berusaha untuk memasukkan Fortnite ke dalam Play Store, tetapi dengan persetujuan Google jika sistem pembilan tersendiri dibuat. Epic juga bercadang mahu mengemukakan sistem pembayaran mereka sendiri tanpa perlu guna Play Store. Ini bermakna mereka mungkin akan memperkenalkan kaedah pautan ke dalam aplikasi.

Buat masa ini V-Bucks merupakan tunai maya yang digunakan oleh Epic Games untuk Fortnite bagi pengguna membeli barangan seperti pakaian, kulit senjata, emotes, dan sebagainya. Melalui V-bucks juga pembayaran adalah 100 peratus disalurkan terus kepada Epic Games.

Walaubagaimanapun, kaedah pembayaran ini sangat bertentangan dengan polisi Google yang mana pembangun perlu menggunakan sistem pembilan menerusi Google sekiranya mahu aplikasi mereka dimasukkan ke dalam Play Store.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend