EMUI 10 Versi Beta Untuk Pemilik Siri HUAWEI Mate 10 Di China Sudah Mula Dibuka Comments Off on EMUI 10 Versi Beta Untuk Pemilik Siri HUAWEI Mate 10 Di China Sudah Mula Dibuka

HUAWEI sebelum ini telahpun dilaporkan membuka program kemas kini EMUI 10 versi beta untuk diuji secara tertutup pada siri HUAWEI P30 dan juga siri HUAWEI Mate 20. Namun begitu, HUAWEI tidak pula mendedahkan tarikh ketersediaan kemas kini EMUI 10 beta ini untuk peranti keluarannya yang lain.

This slideshow requires JavaScript.

Dalam diam-diam, HUAWEI dilihat telah mula mengumumkan ketersediaan program kemas kini EMUI 10 beta itu untuk pemilik peranti siri HUAWEI Mate 10. Diumumkan melalui forum rasmi HUAWEI, kemas kini versi beta yang berasaskan Android 10 itu sudahpun boleh disertai oleh pemilik Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design di China.

Siri HUAWEI Mate 10 yang diperkenalkan dua tahun yang lalu setakat ini telah menerima tiga kemas kini utama iaitu EMUI 9.0, EMUI 9.1 dan akan datang EMUI 10.

Sungguhpun begitu program pengujian EMUI 10 beta itu hanya terbuka untuk 500 pengguna dengan versi log, dan 1500 pengguna tanpa antaramuka log. Malah HUAWEI juga turut mengumumkan akan memberi keutamaan kepada pemilik peranti yang pernah berdaftar dengan EMUI 9.1 beta.

melalui, sumber

Baca juga:

Kemas Kini EMUI 10 Versi Stabil Akan Diterima Oleh Siri Mate 10, Siri P20 Dan P30 Lite Bermula Mac 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend