EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 1 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR Comments Off on EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 1 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR

Sebagaimana yang kita sedia maklum, beberapa model terpilih keluaran HUAWEI dan juga HONOR sudahpun mula menerima versi stabil untuk kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10. Malah pemilik siri HUAWEI P30, siri Mate 20, HONOR View20 dan beberapa model lagi di negara itu turut menerima kemas kini tersebut sejak beberapa minggu lepas.

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Wang Chenglu selaku Presiden Pengguna HUAWEI Bahagian Perisian, kini terdapat lebih daripada 1 juta peranti keluaran HUAWEI dan HONOR sudahpun dikemaskinikan ke EMUI 10 (Magic UI 3.0 untuk peranti HONOR terpilih) secara rasmi.

EMUI 10 sebelum ini mula diperkenalkan buat pertama kali kepada umum pada Ogos yang lalu, dan HUAWEI P30 dan P30 Pro merupakan model terawal yang menerima kemas kini tersebut bermula September 2019. Angka ini sudah tentunya akan meningkat dengan lebih drastik memandangkan model seperti siri Mate 10 yang diperkenalkan pada tahun 2017 akan turut menerima kemas kini EMUI 10.

Baca juga:

Kemas Kini EMUI 10 Untuk HUAWEI Nova 5T Dilaporkan Sudah Tersedia Untuk Pengguna Global

[Tips] Cara Menjalankan Proses ‘Wipe Cache Partition’ Pada EMUI 10 Berasaskan Android 10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend