[Eksklusif] Pra-Tempah Vivo Y19 Dan Vivo S1 Pro Di Malaysia Akan Dibuka Bermula Hujung Bulan Ini Comments Off on [Eksklusif] Pra-Tempah Vivo Y19 Dan Vivo S1 Pro Di Malaysia Akan Dibuka Bermula Hujung Bulan Ini

Dalam diam-diam, Vivo Malaysia nampaknya sudahpun merancang untuk membawa masuk dua lagi model baharu untuk pasaran Malaysia dengan penawaran model Vivo Y19 dan juga Vivo S1 Pro dalam masa terdekat ini.

Melalui perkongsian maklumat daripada sumber yang kami terima, sesi pra-tempah Vivo Y19 akan mula dibuka pada 25 hingga 29 November 2019 nanti. Manakala tarikh jualan awal peranti itu di pasaran tempatan dipercayai akan bermula antara 30 November hingga 6 Disember 2019.

This slideshow requires JavaScript.

 

Model Vivo S1 Pro pula akan dibuka sesi pra-tempahnya bermula antara 3 hingga 6 Disember 2019, dan tarikh jualan awal peranti ini akan bermula antara 7 hingga 13 Disember 2019 nanti. Walau bagaimanapun buat masa ini harga jualan dan juga varian yang akan dibawa masuk untuk kedua-dua model ini masih lagi belum dapat didedahkan.

Spesifikasi Vivo Y19

  • Funtouch OS 9.2 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek MT6768 Helio P65 (12nm)
  • 6GB + 128GB
  • 6.53 inci IPS LCD (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 16MP (f/1.78) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 2MP (Macro, f/2.4)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • 5000mAh (sokong teknologi Reverse Charging)
  • Teknologi pengecasan pantas 18W
  • Pengimbas cap jari pada panel belakang

Spesifikasi Vivo S1 Pro

  • Funtouch OS 9 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 675 AIE (11nm)
  • 6GB + 128GB / 6GB + 256GB / 8GB + 128GB
  • 6.39 inci Super AMOLED (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.78) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 5MP (Depth sensor, f/2.4)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0)
  • 3700mAh
  • Teknologi pengecasan pantas 18W
  • Pengimbas cap jari pada skrin

Baca juga:

‘Vivo Vision Photography’ Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM6800, Terbuka Untuk Pemilik Peranti Vivo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend