EKSKLUSIF!!! Pandang Pertama Rekaan Fizikal Honor 10 Dalam Warna ‘Phantom Blue’ Comments Off on EKSKLUSIF!!! Pandang Pertama Rekaan Fizikal Honor 10 Dalam Warna ‘Phantom Blue’

honor 10 sudahpun dilancarkan secara rasmi di China bulan lepas dan model ini sudah disahkan akan dilancarkan untuk pasaran global di London pada 15 Mei 2018 nanti. Mungkin ramai di antara anda sudahpun mengetahui penampilan fizikal dan juga sokongan spesifikasi untuk model terbaru keluaran honor ini, tetapi hari ini team TeknoRatz secara eksklusif telah berjaya mendapatkan satu unit honor 10 dalam warna Phantom Blue untuk tatapan awal pengguna di Malaysia…

Panel Hadapan

Bahagian takuk pada honor 10 ini menempatkan kedudukan lensa hadapan di sebelah kiri, lubang earpiece pada bahagian tengah, dan juga sensor pada sebelah kanan.
Rekaan sensor pengimbas cap jari pada honor 10 tampil unik kerana ia kelihatan rata pada permukaan bezel bawah skrin.

Panel Belakang

Berbeza dengan warna ‘Twilight’ pada Huawei P20 Pro, honor 10 dalam warna ‘Phantom Blue’ akan menghasilkan pantulan warna yang berdasarkan daripada sudut pandangan serta cahaya yang berbeza.

Kerangka Atas & Bawah

Bahagian atas kerangka honor 10 telah disediakan dengan port inframerah dan juga satu lubang mikrofon.
Bahagian bawah kerangka honor 10 ini pula menempatkan speaker, lubang mikrofon, port USB Type-C dan juga port 3.5mm audio jack.

Bahagian Sisi

Siri kiri menempatkan slot kad SIM, manakala sisi kanan pula tersedia dengan butang melaras suara dan juga butang kuasa.

TeknoRatz:

Menurut sumber yang boleh dipercayai, honor 10 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 22 Mei 2018 ini. Jadi apa kata kita sama-sama nantikan pengumuman harga dan juga sokongan spesifikasi yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan oleh honor Malaysia ini nanti…

P/S: Ingin dimaklumkan bahawa unit honor 10 yang kami terima ini telahpun ditampal dengan stiker pelindung lut sinar pada panel hadapan dan panel belakangnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend