DxOMark: Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Skor Tangga Teratas Dengan 121 Mata Comments Off on DxOMark: Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Skor Tangga Teratas Dengan 121 Mata 250

Xiaomi Mi CC9 Pro baru dilancarkan siang tadi dengan spesifikasi kamera yang cukup hebat. Ia didatangkan dengan sistem pentakamera belakang dan skrin melengkung Super AMOLED berukuran 6.47-inci.

Terkini, DxOMark telah mengeluarkan keputusan skor terbaru memperlihatkan Mi CC9 Pro Premium Edition diletakkan di tangga pertama dengan 121 mata – berkongsi skor yang sama dengan HUAWEI Mate 30 Pro.

Apa yang membezakan Mi CC9 Pro Premium Edition dengan Mate 30 Pro adalah pada bahagian foto dan video. Mi CC9 Pro Premium Edition memperolehi 130 mata pada foto dan 102 pada video, sementara Mate 30 Pro memiliki 132 pada foto dan 100 pada video. Skor yang sengit ini sekaligus meletakkan kedua-dua peranti sebagai telefon berkamera paling berprestasi di pasaran pada ketika ini.

Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition ialah varian teratas yang dilengkapi sensor Samsung ISOCELL Bright HMX 108MP untuk sensor utama, manakala lensa kedua dan ketiga ialah lensa telefoto. Ciri pengezuman menyokong sehingga 5x optikal dan 50x digital. Sementara lensa ultralebar iaitu lensa keempat pula menyokong kamera bersudut luas sehingga 117-darjah dan yang terakhir ialah lensa makro. Keupayaan kamera kecil ini pula membolehkan pengguna menangkap gambar sedekat 1.5cm menjadikan ia antara lensa makro yang terbaik setakat ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend