DXOMARK Selfie – Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Terima Skor Setanding Pixel 2 Comments Off on DXOMARK Selfie – Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Terima Skor Setanding Pixel 2

Dengan sokongan penta kamera beresolusi 108MP untuk lensa utamanya, Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition berjaya memperolehi skor 121 poin setanding keupayaan kamera HUAWEI Mate 30 Pro. Bahkan ia tersenarai dalam lima peranti terbaik untuk kategori DXOMARK Camera.

Namun begitu untuk keupayaan kamera swafotonya pula, Mi CC9 Pro Premium Edition hanya memperolehi skor sederhana sebanyak 77 poin, setanding dengan model Google Pixel 2 yang diperkenalkan tiga tahun lepas.

Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh DXOMARK, kamera depan Mi CC9 Pro Premium Edition beresolusi 32MP (f/2.0) mencatatkan skor sebanyak 79 poin untuk kamera statik. Manakala untuk rakaman video menggunakan kamera depan pula mencatatkan skor sebanyak 74 poin.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend