DxOMark Perkenal Ujian Prestasi Audio – HUAWEI Mate 20 X Berjaya Mencatatkan Skor Tertinggi Comments Off on DxOMark Perkenal Ujian Prestasi Audio – HUAWEI Mate 20 X Berjaya Mencatatkan Skor Tertinggi 316

Portal DxOMark sebelum ini sememangnya dikenali kerana menyediakan panduan dan juga penanda aras kepada pengeluar untuk menghasilkan telefon pintar dengan sokongan kamera terbaik. Menariknya baru-baru ini DxOMark sekali lagi telah memperkenalkan satu lagi ujian yang memfokuskan kepada prestasi audio pada sesebuah telefon pintar.

Bagi menguji prestasi audio, DxOMark telah menjalankan dua jenis ujian berbeza iaitu kualiti memainkan semula audio, dan juga kualiti audio pada rakaman video. Berdasarkan ujian fasa pertama yang dijalankan, HUAWEI Mate 20 X telah berjaya mencatatkan skor tertinggi dengan 75 poin, mengatasi enam lagi model lain.

Senarai telefon pintar dengan prestasi audio terbaik di DxOMark:

Selain berjaya berada di kedudukan teratas, HUAWEI Mate 20 X turut mencatatkan skor paling tinggi untuk kedua-dua jenis ujian yang dijalankan iaitu kualiti memain semula audio dan juga kualiti audio pada rakaman video. Walau bagaimanapun, Apple iPhone XS Max dilihat mengikuti rapat dengan perbezaan hanya 1 poin sahaja.

sumber

Baca juga:

DxOMark Perkenal Skor Tambahan Untuk Mod Malam Dan Sudut Lebar, Skor Rasmi Peranti Turut Dikemaskini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend