DxOMark Perkenal Skor Tambahan Untuk Mod Malam Dan Sudut Lebar, Skor Rasmi Peranti Turut Dikemaskini Comments Off on DxOMark Perkenal Skor Tambahan Untuk Mod Malam Dan Sudut Lebar, Skor Rasmi Peranti Turut Dikemaskini

Kini sudah menjadi satu trend di kalangan pengeluar telefon pintar untuk menampilkan beberapa lensa berasingan yang menyokong pelbagai mod penggambaran berbeza pada peranti keluaran mereka. Disebabkan oleh itu, DxOMark yang menjadi rujukan untuk melihat prestasi kamera pada telefon pintar kini telah mengumumkan skor tambahan untuk ujian yang dilakukan.

Menurut DxOMark, kini mereka telah menambah dua lagi skor untuk ujian kamera pada telefon pintar iaitu skor untuk keupayaan penggambaran mod malam dan juga sudut lebar. Berikutan daripada penambahan skor tersebut, DxOMark juga kini telah mengemaskinikan semula skor yang berjaya dicatatkan oleh telefon pintar yang pernah diuji sebelum ini.

Skor prestasi kamera yang diperolehi oleh model telefon pintar di DxOMark juga kini telah dikemaskinikan.

Berdasarkan ujian untuk kedua-dua mod tambahan itu, HUAWEI P30 Pro dilihat telah berkongsi skor yang sama dengan Samsung Galaxy Note 10+ 5G dan juga Samsung Galaxy S10 5G, iaitu masing-masing memperolehi 59 mata. Manakala skor untuk mod sudut lebar pula, Samsung Galaxy Note 10+ telah berjaya mengungguli carta dengan mencatatkan 42 mata.

Skor untuk prestasi penggambaran malam dan juga sudut lebar.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend