DxOMark Mendedahkan Ada Di Antara Pengeluar Menawarkan Wang Untuk Ulasan Kamera Yang Dibuatnya Comments Off on DxOMark Mendedahkan Ada Di Antara Pengeluar Menawarkan Wang Untuk Ulasan Kamera Yang Dibuatnya

Rasanya pasti ada di antara kita yang sering mempersoalkan ketelusan ulasan satu-satu produk dalam usaha mereka untuk mempromosikan model telefon pintar tertentu. Malah tidak dinafikan ada juga yang beranggapan bahawa ulasan itu telah dibayar oleh pihak pengeluar supaya mendapat rating yang tinggi.

Melalui satu sesi temu bual antara  AndroidHeadlines dengan Naib Presiden Pemasaran DxOMark Labs iaitu Nicolas Touchard, beliau telah mendedahkan sememangnya terdapat segelintir daripada pengeluar telah menawarkan sejumlah wang untuk mendapatkan ulasan yang baik. Sungguhpun begitu, pihak DxOMark telah bertegas untuk menolak tawaran tersebut kerana ia dianggap sebagai satu rasuah.

Menurut DxOMark lagi, tawaran wang yang ingin disogokkan itu datangnya daripada pihak pengeluar yang langsung tidak pernah bekerjasama dengan pihak mereka sebelum ini dan tidak mengetahui cara mereka beroperasi. Jadi melalui pendedahan ini, DxOMark telah mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menerima tawaran tersebut. Bahkan DxOMark juga tidak pernah mengenakan sebarang caj untuk ulasan yang telah dibuat.

Walau bagaimanapun, pihak pengeluar masih boleh mendapatkan khidmat DxOMark untuk mendapatkan khidmat rundingan ataupun seminar, sebagaimana yang dilakukan oleh OnePlus untuk model OnePlus 5 sebelum ini. Malah pihak pengeluar juga boleh membeli alat konfigurasi makmal modular iaitu dikenali sebagai DxO Analyzer dari mereka untuk membuat kiraan rating mereka sendiri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend