DxOMark: LG G7 ThinQ Catat Skor 83 Poin, Setanding Keupayaan Kamera Sony Xperia XZ Premium Comments Off on DxOMark: LG G7 ThinQ Catat Skor 83 Poin, Setanding Keupayaan Kamera Sony Xperia XZ Premium

Memandangkan skor DxOMark untuk siri Huawei Mate 20 masih belum diumumkan buat masa ini, Huawei P20 Pro yang menyokong tiga kamera dilihat masih lagi selesa berada di tangga teratas dengan mengatasi Apple iPhone XS Max. Tetapi kedudukan top 30 untuk telefon pintar dengan keupayaan kamera terbaik di pasaran, sedikit berubah dengan kemunculan model flagship keluaran LG.

LG G7 ThinQ kini telah disenaraikan oleh DxOMark dengan pungutan skor 83 poin, sekaligus berkongsi kedudukan dengan Sony Xperia XZ Premium yang telah diperkenalkan pada Jun 2017. Jika dilihat pada keupayaan kamera statik, LG G7 ThinQ mencatatkan skor sebanyak 84 poin, manakala rakaman videonya pula mencatatkan skor hanya 79 poin.

Diperkenalkan pada bulan Mei 2018 yang lalu, LG G7 ThinQ tampil dengan sokongan dwi kamera beresolusi 16MP (f/1.6, OIS) + 16MP (Super Wide Angle). Malah ia juga turut menampilkan keupayaan penggambaran AI bagi mengenal pasti subjek atau persekitaran bagi mendapatkan tetapan kamera yang terbaik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend