DxOMark Bakal Mendedahkan Skor Kamera Huawei Mate 20 Pro Tidak Lama Lagi Comments Off on DxOMark Bakal Mendedahkan Skor Kamera Huawei Mate 20 Pro Tidak Lama Lagi

Sejak Huawei P20 Pro diumumkan pada Mac 2018 yang lalu, ia telah berjaya menduduki tangga teratas DxOMark dengan sangat selesa hampir 10 bulan lamanya. Kedudukan tangga pertama itu mungkin bakal dirampas oleh Huawei Mate 20 Pro tidak lama lagi selepas pihak DxOMark telah mengesahkan perkara ini melalui Twitter.

Kesahihan berita ini telah diperolehi melalui jawapan balas yang dihantar oleh DxOMark, apabila sebuah blog berbahasa Perancis iaitu MeilleurMobile bertanya sama ada mereka ada memiliki perancangan untuk menguji Huawei Mate 20 Pro ataupun tidak. Berdasarkan jawapan DxOMark, pihaknya kini sedang menguji Huawei Mate 20 Pro dan beberapa model terbaru yang lain.

Memandangkan Huawei Mate 20 Pro menyokong konfigurasi tiga kamera LEICA yang menjanjikan pelbagai mod berbeza seperti 3x zum optikal dan juga mod sudut lebar, adalah tidak mustahil ia mampu mencatatkan skor DxOMark yang jauh lebih tinggi mengatasi peranti lain.

Baca juga:

Huawei Dedah Sebab Mengapa Skor DxOMark Untuk Siri Mate 20 Tidak Diumumkan

Huawei Mate 20 Pro: Hasil Gambar Yang Diambil Oleh Jurugambar Profesional

Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Hasil Gambar Huawei Mate 20 Pro Dari Tangan Kami

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend