DXOMARK Audio – Nokia 7.2 Raih Skor Terendah, Tetapi Rakaman Audio Lebih Baik Berbanding OnePlus 7 Pro Comments Off on DXOMARK Audio – Nokia 7.2 Raih Skor Terendah, Tetapi Rakaman Audio Lebih Baik Berbanding OnePlus 7 Pro

DXOMARK hari ini telahpun mengumumkan skor yang berjaya diperolehi oleh Nokia 7.2 untuk ujian audio yang dijalankannya dengan mencatatkan skor keseluruhan hanya 41 poin.

Keputusan ini sekaligus meletakkan Nokia 7.2 di kedudukan terakhir iaitu dengan perbezaan 4 poin jika dibandingkan dengan Sony Xperia 1 yang menyokong dua speaker berkualiti stereo.

Nokia 7.2 dilihat memperolehi skor yang agak rendah untuk ujian memain semula audio dengan mencatatkan hanya 33 poin. Namun begitu, prestasi rakaman audio stereo berkualiti 256kbps pada Nokia 7.2 berjaya mencatatkan skor yang agak baik iaitu 66 poin.

Bahkan jika dibandingkan dengan telefon pintar yang dijual pada harga yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal seperti Galaxy Note10+ dan OnePlus 7 Pro, Nokia 7.2 mencatatkan skor yang jauh lebih baik.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend