
HUAWEI Mate 30 Pro dan Mate 30 Pro 5G boleh dianggap antara telefon pintar dengan sokongan kamera terbaik di pasaran buat masa ini. Namun sebagai sebuah telefon pintar mercu, sokongan satu speaker sememangnya agak mengecewakan.
Sungguhpun begitu, walaupun hadir dengan satu speaker berkualiti mono untuk aktiviti hiburan, Mate 30 Pro 5G dilihat telah berjaya memperolehi skor sebanyak 61 poin. Sedikit lebih baik jika dibandingkan dengan sesetengah peranti yang dilengkapi dengan sokongan speaker stereo.
Berdasarkan ujian tersebut, Mate 30 Pro 5G mencatatkan skor sebanyak 58 poin untuk keupayaan memainkan semula audio. Manakala untuk prestasi rakaman audio, ia berjaya mencatatkan skor sebanyak 72 poin.
- Beli HUAWEI Mate 30 Pro 5G (RM4,199) di HUAWEI Online Official Store
Baca juga: