Dua Telco Sudah Turunkan Harga Internet Sementara SST Untuk Tambah Nilai Sedang Dilihat Comments Off on Dua Telco Sudah Turunkan Harga Internet Sementara SST Untuk Tambah Nilai Sedang Dilihat

Mengikut Standard Mandatori bagi Penetapan Harga Akses (MSAP) yang berkuatkuasa pada Jun lepas, hanya dua syarikat telco yang setuju untuk turunkan harga jalur lebar. Manakala selebihnya telah meminta kementerian supaya ia dilanjutkan sehingga akhir bulan lepas.

Harga jalur lebar sepatutnya diturunkan dan kementerian sudahpun menerima rayuan tersebut namun sehingga ke hari ini, kami masih tidak melihat sebarang penawaran terbaharu yang lebih murah kecuali TM dan Maxis.

Jelas YB Gobind Singh Deo, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada syarikat yang berdegil. Mengenai isu SST untuk tambah nilai prabayar, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend