Dua Pekerja Huawei Ditahan Di Poland Disyaki Mengintip 0 261

Dua pekerja Huawei dilaporkan ditahan di Poland atas kesalahan mengintip untuk kerajaan China. Ini merupakan kes kedua selepas insiden Ketua Eksekutif Kewangan (CFO) Huawei yang ditahan di Kanada pada Disember tahun lalu.

Agensi perisikan Poland kini percaya mereka telah mendapat bukti yang kukuh atas salah laku dua pekerja Huawei tersebut. Seorang daripadanya adalah berbangsa Cina yang memegang jawatan Pengarah Pemasaran Huawei, manakala seorang lagi warga tempatan pernah bekerja sebagai ahli tertinggi Agensi Keselematan Dalam Negeri Poland.

Kedua-dua suspek kini direman selama tiga bulan untuk siasatan lanjut dan mungkin dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah. Pihak Huawei memandang berat berkenaan kes dan sehingga kini mereka masih lagi belum keluarkan sebarang komen.

Tetapi ada sumber memaklumkan, dua pekerja yang terbabit telah diberhentikan serta merta atas alasan reputasi.

Terdahulu, kerajaan A.S. telah melarang kakitangannya daripada menggunakan peranti Huawei. Ini berikutan isu keselamatan yang mendakwa China cuba mengintip A.S dan negara-negara eropah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend