DJI Osmo Mobile 3 Dilancarkan, Kini Lebih Kompak Dan 80g Lebih Ringan Comments Off on DJI Osmo Mobile 3 Dilancarkan, Kini Lebih Kompak Dan 80g Lebih Ringan 141

Gimbal telefon pintar edisi baharu daripada DJI kini diperkenalkan secara rasmi. Rekaan semula sepenuhnya menjadikan Osmo Mobile 3 sebuah gimbal telefon pintar paling kompak daripada DJI setakat ini.

Osmo Mobile 3 kini memiliki rekaan boleh dilipat sekaligus memudahkan ia dibawa ke mana sahaja anda pergi. Berat gimbal generasi terbaru ini telah dikurangkan sebanyak 80g menjadikan berat keseluruhannya hanya 405g.

Rekaan ergonomik dengan sudut genggaman 15-darjah juga memberikan keselesaan kepada anda semasa melakukan rakaman.

Antara ciri-ciri yang dimuatkan dalam DJI Osmo Mobile 3 ialah:

  • Story Mode – templat satu-sentuhan akan menyertakan pergerakan gimbal, muzik, dan efek lain.
  • Gesture Control – gunakan gerakan tangan untuk mulakan rakaman.
  • ActiveTrack 3.0 – fokus pada subjek semasa rakaman bergerak.
  • Sport Mode – sesuai untuk merakam pergerakan pantas dan aksi kejar mengejar.
  • Quick Roll – Peralihan dari mod menegak ke mod melintang atau sebaliknya dengan satu klik.

DJI Osmo Mobile 3 kini ditawarkan pada harga USD119 (~RM498) melalui kedai rasmi dalam talian dji.com.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend