Diskaun Sehingga 50% Untuk Produk HUAWEI Dari 1 Julai Hingga 8 Julai 2019 Comments Off on Diskaun Sehingga 50% Untuk Produk HUAWEI Dari 1 Julai Hingga 8 Julai 2019 389

HUAWEI dapat menarik nafas lega apabila sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat telah ditarik semula semalam. Ia sekaligus dapat mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap jenama telefon pintar nombor dua dunia ini. Kebetulan ataupun tidak, HUAWEI Malaysia pula mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan jualan promosi pada minggu hadapan.

Menerusi emel yang dihantar, pada 1 Julai hingga 8 Julai 2019, HUAWEI akan memberikan potongan diskaun sehingga 50% untuk produknya. Tiada maklumat terperinci produk apakah yang ditawarkan tetapi melihat pada poster, berkemungkinan peranti P30 Pro juga akan menerima potongan harga.

Jangan tersilap, jualan promosi ini hanya ditawarkan di kedai dalam talian rasmi HUAWEI dan bukan di kedai fizikal. Bagaimanapun masih tidak diketahui lagi jam berapakah tawaran ini bakal bermula.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend