Dijangkakan 19% Daripada 300 Juta Unit Telefon Pintar Yang Akan Dijual Sepanjang Tahun 2018 Sokong Rekaan Takuk Pada Skrin Comments Off on Dijangkakan 19% Daripada 300 Juta Unit Telefon Pintar Yang Akan Dijual Sepanjang Tahun 2018 Sokong Rekaan Takuk Pada Skrin

Essential Phone merupakan telefon pintar pertama yang memperkenalkan skrin penuh dengan rekaan takuk pada bahagian atas paparannya. Namun begitu populariti rekaan yang sebelum ini mendapat kritikan ramai telah dimulakan oleh Apple melalui kemunculan model iPhone X di pasaran.

Sejak dari itu, lebih banyak pengeluar telefon pintar berasaskan Android telah mempratikkan rekaan tersebut pada model keluaran mereka dan ini jelas dapat dilihat pada model flagship seperti ASUS ZenFone 5, OPPO F7, vivo V9, siri Huawei P20, LG G7 ThinQ dan banyak lagi.

Mengikut ramalan pasaran telefon pintar tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Counterpoint Research, sebanyak 300 juta unit telefon pintar akan terjual sepanjang tahun 2018 dan 19% peratus atau 57 juta unit telefon pintar itu akan menyokong rekaan takuk pada skrin. Malah 45% daripadanya terdiri daripada telefon pintar keluaran Apple yang sebelum ini dikatakan akan menggunakan rekaan skrin iPhone X pada siri iPhone 2018 nanti.

Pengaruh Apple sememangnya kuat kerana rekaan skrin iPhone X kini menjadi trend untuk tahun 2018.

Apa yang lebih menariknya, pasaran untuk telefon pintar dengan rekaan takuk pada skrin berasaskan platform Android akan didominasi oleh jenama dari China iaitu Huawei, OPPO, vivo dan juga Xiaomi.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend