Digi Sokong Inisiatif Mengurangkan Sampah Semasa Perayaan Thaipusam Dengan Lebih 700 Sukarelawan Comments Off on Digi Sokong Inisiatif Mengurangkan Sampah Semasa Perayaan Thaipusam Dengan Lebih 700 Sukarelawan

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah bekerjasama dengan penganjur Bersih Thaipusam 2020 untuk menyokong usaha persekitaran bersih semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuil Thannir Malai di Pulau Pinang dan juga Kuil Kallumalai di Ipoh.

Inisiatif ini akan menyaksikan lebih daripada 700 sukarelawan akan membantu menjaga kebersihan kuil masing-masing dan juga kawasan sekitar mulai hari ini sehingga selesai sambutan perayaan Thaipusam.


Dengan lebih daripada satu juta penganut yang akan meraikan sambutan Thaipusam pada setiap tahun, Digi berharap mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia terhadap alam sekitar dengan kesedaran untuk membuang sampah masing-masing dengan cara yang betul.

Antara 700 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam inisiatif ‘Clean Thaipusam 2020’.

Sebagai tambahan kepada inisiatif pembersihan, Digi juga menggalakkan para pelanggannya yang terlibat dengan aktiviti mencukur kepala untuk menyumbangkan rambut yang telah dipotong itu kepada NGO yang menyediakan rambut palsu untuk pesakit kanser.

Mereka yang berminat boleh berbuat demikian dengan menyumbangkan rambut mereka di booth Clean Thaipusam 2020 yang terletak dalam jarak berjalan kaki dari pintu masuk Batu Caves.

Untuk maklumat lanjut mengenai Clean Thaipusam 2020, sila layari www.facebook.com/cleanthaipusam atau digi.my/cleanthaipusam.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend