Digi Perkenalkan ‘Digi Internet Reload’ Yang Dikhususkan Untuk Kegunaan Internet Prabayar Comments Off on Digi Perkenalkan ‘Digi Internet Reload’ Yang Dikhususkan Untuk Kegunaan Internet Prabayar

Digi Telecommunications Sdn Bhd hari ini telah memperkenalkan Digi Internet Reload, iaitu kaedah tambah nilai baharu yang dikhususkan untuk pengguna Internet prabayar Digi. Berbeza dengan tambah nilai biasa, penawaran baharu ini membolehkan tambah nilai dibuat hanya untuk kegunaan Internet sahaja dan tidak termasuk dengan kredit panggilan dan SMS.

Tambah nilai ini tersedia dalam dua pilihan iaitu RM3 untuk 3GB dengan masa sah selama 24 jam, manakala RM10 pula menawarkan data Internet sebesar 8.5GB untuk tempoh selama tujuh hari. Dengan adanya tambah nilai yang dikhususkan untuk Internet ini, pengguna boleh menentukan sendiri jumlah data yang diinginkan.

Tambah nilai menggunakan kaedah kod UMB:

Pengguna perlu menambah nilai dengan memasukkan nombor pin 16 digit selepas memasukkan kod *123*.
Pengguna perlu menebus data Internet menggunakan kod *888*1#.

Digi Internet Reload kini boleh mula dibeli di 99 Speedmart, Happy Mart, KK Mart, MyNews, Watsons, AEON Big, Cold Storage, Giant, Tesco, BHPetrol, Caltex, dan juga Petron. Manakala penjual lain seperti 7-Eleven, Petronas dan Shell akan mula menawarkan tambah nilai ini bermula September nanti.

Tambah nilai menggunakan aplikasi MyDigi:

Masukkan nombor pin 16 digit dan klik ‘Reload’.
Tebus data Internet dengan memilih menu ‘Freebies’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/2P45tVa

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend